Selasa, 15 September 2009

Dunia Aneh

Seekor burung hantu bertenggek di atas kepalaku dan aku melihat melalui matanya;dunia yang aneh. Aku sendirian dalam tongkang purba, berlayar entah ke mana. Seekor garuda berlegar di angkasa dan aku takut ia akan melanggar kapalku. Aku mahu ia pergi tapi aku juga perlu angin daripada kepaknya untuk menggerakkan kapalku. Seekor singa berjaga di pintu kabin. Ia mengaum marah bila aku cuba keluar tapi bila aku masuk pula ia mengangkat cakar...

7 ulasan:

balqissy berkata...

penuh inspirasi ^.^

p/s: saya punya maca fynn? apakah?? *tak paham*

taK$uB II berkata...

ssh nyaaa

Basuh Baju berkata...

??

abuyon berkata...

salam KK,

Aneh, sajak aneh. Barangkali, baru lepas tengok filem Narnia ke apa, ke guane :)
____

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik Kong ..
pinta anak-anakku ..hehe

abuyon berkata...

O ya KK, belayar ya bukan berlayar .. hehe

setiakasih berkata...

Dunia memang aneh
Penuh dengan kejutan
ada yang menggusar
ada yang mengajar

lihat melalui mata burung hantu
maka teranglah yang gelap
dia dan tongkang pun perlu angin
untuk tidak kandas dalam kembara
sama-sama
penuh kepelikan yang munasabah

sang singa nyata punya masalah
lapar darah
dan kamu... perlukah mengalah?

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam KK,

"salam Syawal yang jernih".