Rabu, 4 November 2009

Nama Sama

Siapa kata itu kebetulan saja nama Allah sama banyak dengan nama Shiva dan salah satu nama mereka sama dengan nama saya?

Jumaat, 30 Oktober 2009

Pesan Dari Kubur


Tatkala daun diusung angin seperti keranda terbang ke muka sungai, membawa daun kering entah ke mana? Baru mahu ku susur hanyutnya satu panggilan telefon membawa kabar dari kubur. Seorang rakan lama dari sana memesan sekaton rokok, sedozen bir, dan papan luncur?

Khamis, 15 Oktober 2009

Jadikan Satu

Malam dan siang dekat padaku daripada nafas jauh daripada yang paling jauh semut yang paling kecil dan padang yang paling luas anak ayah dan ibu segala sejuk dan panas subur yang tandus dan tenang yang ganas paduka turun padaku naik datang! Datanglah gemilang! pijak gunung lembah angkasa hilang pecah seribu bulan satukan jadikan satu jadikan satu.

Selasa, 13 Oktober 2009

Sajak Hitam

Bulan, kita minum susunya dan kita perkosa! malam jadi makam berbisik bisu...

Rabu, 30 September 2009

KOTA KATA

CINTA ITU CANDU ITU CANDI ITU CINTA ITU BUTA KITA KATA ITU CINTA ITU CANDU BATU BATA KOTA KATA KOTA KATA KITA ITU KOTA ITU BATU ITU BUTA ITU CANDI ITU CINTA ITU CANDU ITU BATU BUTA ITU JADI CANDI CINTA JADI CANDU KITA

Selasa, 15 September 2009

Dunia Aneh

Seekor burung hantu bertenggek di atas kepalaku dan aku melihat melalui matanya;dunia yang aneh. Aku sendirian dalam tongkang purba, berlayar entah ke mana. Seekor garuda berlegar di angkasa dan aku takut ia akan melanggar kapalku. Aku mahu ia pergi tapi aku juga perlu angin daripada kepaknya untuk menggerakkan kapalku. Seekor singa berjaga di pintu kabin. Ia mengaum marah bila aku cuba keluar tapi bila aku masuk pula ia mengangkat cakar...

Rabu, 9 September 2009

Langgar

Aku langgar semua pagar, dinding-dinding segar aku cakar, tak segan salah, tak salah betul, mencari tuhan mesti berani, kemanusiaan tolak tepi!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bahasa Tubuh

Bila bibir kau kata 'tak nak' aku tengok jari jari kau buat bulatan - bulan 'nak' di muncung gelas dan kat atas meja. Jangan menggeleng girl, sebab kau punya geleng manja sangat untuk satu penolakan. Tak ke kau tau yang kau sedut tu bukannya sirap limau tapi kesabaranku?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Jari - Jari Yang Mengikisku

Perlahan tapi tetap ku rasa jari - jari yang mengikis kadang lembut kadang kasar, tapi pasti setiap kali ada bahagian diri yang tertanggal. Ada yang hilang setiap dugaan berlalu. Perlahan merasa diriku makin sedikit dengan perasaan aneh antara ragu dan rela.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Takde Tajuk

Baru abis mandi menyanyi 'sepohon pokok' sambil pakai kain pelekat. Hadap facebook sampai lupa sembahyang Jumaat. Turun makan pakai songkok hisap rokok tengok orang balik sembahyang. Jawab salam kawan pelawa makan sama - sama dia belanja.

Pesta Kata Di Alam Maya

Di pesta ini aku dapati kata - kata sudah basi. Banyak sudah dihidang dan dibuang ke dalam tong sampah. Tak tahu mengapa aku mesti menulis lagi. Mungkin hanya menyuap gigi kekunci ini yang laparkan jari - jariku.

Khamis, 13 Ogos 2009

Siapa Menjerit Tu?

Tergamam terdengar jeritan nyeri. Aku dengar suara kaki berlari dan tiba - tiba ayahku muncul di depan pintu memakai muka cemas. Aku tanya dia "siapa menjerit tu?". Dia menjawab, "Kamulah tadi!".

Soalan 'Trick'

Jika pada setiap ya ada tidak, dan dalam semua kebenaran itu kepalsuan. Jadi adakah ini bermakna tidak ada yang benar dan tak ada yang palsu?

A. Ya B. Tidak C. Ya dan Tidak D. Tiada jawapan

Rabu, 12 Ogos 2009

Kanun Keseksaan


Bagi jenayah kamu mencari tuhan hukumannya gantung tak bertali. Bagi jenayah kamu mencintai tuhan hukumannya penjara sampai mati. Bagi jenayah kamu mempelajari tuhan hukumannya buang dari masyarakat atau denda pakai tanda gila di dahi atau kedua - duanya sekali.

Selasa, 11 Ogos 2009

Dugaan Maha Perit

Tersangkut dalam trafik masa perut tengah sakit nak terkincit. oh kuasa dugaan maha perit kau bagi aku tak pasti boleh tahan ini mungkin nak terberak dalam kereta. Ya Allah stesen minyak lagi 1000 meter!

Sabtu, 8 Ogos 2009

Merak Pulang Ke Kayangan (barangkali)


'Bila bumi dan langit bersatu, keberuntungan dan kecelakaan sama saja'. Aku sudah faham itu, Pak. Tapi memahami dengan mengalami tak sama...

Selasa, 4 Ogos 2009

Pecah Kapla Kau

Kapow! pecah kapla kau aku tapau dengan helmet. Jangan cari pasal sama aku kalau mau selamat. kau jangan ingat duit kau besar sangat, beb. aku tak pandang kau punya kertas, beb. itu muka agung aku boleh lukis sendiri kau tau, aku boleh lukis lagi cantik kasi kau. Aku tak puas hati. sekarang bak mari kau punya muka aku bagi pelempang sedas dua. Lepas tu kita kira seri. Aku takkan cari kau lagi. dan lain kali, kau jangan ingat itu kertas haram jadah boleh kasi selesai semua masalah.

Cakap dengan Batu.

Aku kata pada seketul batu, aku kau, kau aku, aku kau, kauaku. aku kata sampai batu pecah dibantai kata - kataku. aku mahu batu tahu,batu mahu aku tahu,aku batu, batu aku, aku batu, batu aku.

Kau Sapa?

Kau sapa? kau sapa? siapa kau nak nasihat aku? aku dengar cakap tuhan je. tuhan belum mari lagi, bila dia nak mari aku tak pasti. kau boleh blah. kau pak aji ke pak lebai ke boleh blah. kau boleh terbang pun aku tak pandang. bagi sini tuhan pada aku dah lama tunggu. aku tak mau kau punya sorga. aku tak mau kau punya neraka. aku mahu jadi macam Musa kat Bukit Tursina.

Isnin, 3 Ogos 2009

Semua Taik


semua taik. Bangunan - bangunan taik. jalan tar taik. komputer taik. aku pun taik. aku taik mata. korang taik idung. Tapi ada lagi taik. taik babi, taik anjing. taik semua baja. taik baja semua.

Perempuan Muda Itu.

perempuan muda gersang,aku ada mimpi tentang kaupakai spender g-string,bertopi dan berkasut koboi,bermain dengan aku punya pestol.

Ini Tempat Aku

Dulu pokok tu aku punya moyang,sekarang kau tebang, kau memang gampang,kau datang dari mana nak rampas aku punya mambang?ini bukan tempat kau, ini hutan, bukan tempat jin bertandang.ini tempat pontianak, ini tempat jembalang. ini tempat langsuir. ini tempat betara kala. sekarang kau nak rampas aku punya saka. kau nak rampas aku punya semangat.kau nak buat aku buta,buat aku tak nampak nenek aku.kau jin sial. kau pergi balik tempat kau.

Biarlah dia dah pun terjun dengan labu - labunya

hoi dia itu ke, ini ke, itu ini ke, biarlah dia dah pun tejun dengan labu - labunya. korang pak aji yang mengaku baik tapi mulut busuk macam taik, hati hitam macam longkang, kalau marah sangat boleh pergi mampus! nanti dalam kubur boleh jumpa dia terus, cakap depan depan, laki sama laki atau pompuan sama pompuan. Apa barang cakap belakang!

p/s: Kepada Kosmo, surat khabar kau nak buat bungkus nasi lemak pun tak layak. Hanya boleh buat kesat bontot lepas berak.