CINTA ITU CANDU ITU CANDI ITU CINTA ITU BUTA KITA KATA ITU CINTA ITU CANDU BATU BATA KOTA KATA KOTA KATA KITA ITU KOTA ITU BATU ITU BUTA ITU CANDI ITU CINTA ITU CANDU ITU BATU BUTA ITU JADI CANDI CINTA JADI CANDU KITA
Rabu, 30 September 2009
KOTA KATA
Selasa, 15 September 2009
Dunia Aneh
Seekor burung hantu bertenggek di atas kepalaku dan aku melihat melalui matanya;dunia yang aneh. Aku sendirian dalam tongkang purba, berlayar entah ke mana. Seekor garuda berlegar di angkasa dan aku takut ia akan melanggar kapalku. Aku mahu ia pergi tapi aku juga perlu angin daripada kepaknya untuk menggerakkan kapalku. Seekor singa berjaga di pintu kabin. Ia mengaum marah bila aku cuba keluar tapi bila aku masuk pula ia mengangkat cakar...
Rabu, 9 September 2009
Langgar
Aku langgar semua pagar, dinding-dinding segar aku cakar, tak segan salah, tak salah betul, mencari tuhan mesti berani, kemanusiaan tolak tepi!
Sabtu, 22 Ogos 2009
Bahasa Tubuh
Bila bibir kau kata 'tak nak' aku tengok jari jari kau buat bulatan - bulan 'nak' di muncung gelas dan kat atas meja. Jangan menggeleng girl, sebab kau punya geleng manja sangat untuk satu penolakan. Tak ke kau tau yang kau sedut tu bukannya sirap limau tapi kesabaranku?
Jumaat, 21 Ogos 2009
Jari - Jari Yang Mengikisku
Perlahan tapi tetap ku rasa jari - jari yang mengikis kadang lembut kadang kasar, tapi pasti setiap kali ada bahagian diri yang tertanggal. Ada yang hilang setiap dugaan berlalu. Perlahan merasa diriku makin sedikit dengan perasaan aneh antara ragu dan rela.
Jumaat, 14 Ogos 2009
Takde Tajuk
Baru abis mandi menyanyi 'sepohon pokok' sambil pakai kain pelekat. Hadap facebook sampai lupa sembahyang Jumaat. Turun makan pakai songkok hisap rokok tengok orang balik sembahyang. Jawab salam kawan pelawa makan sama - sama dia belanja.
Pesta Kata Di Alam Maya
Di pesta ini aku dapati kata - kata sudah basi. Banyak sudah dihidang dan dibuang ke dalam tong sampah. Tak tahu mengapa aku mesti menulis lagi. Mungkin hanya menyuap gigi kekunci ini yang laparkan jari - jariku.
Khamis, 13 Ogos 2009
Siapa Menjerit Tu?
Tergamam terdengar jeritan nyeri. Aku dengar suara kaki berlari dan tiba - tiba ayahku muncul di depan pintu memakai muka cemas. Aku tanya dia "siapa menjerit tu?". Dia menjawab, "Kamulah tadi!".
Soalan 'Trick'
Jika pada setiap ya ada tidak, dan dalam semua kebenaran itu kepalsuan. Jadi adakah ini bermakna tidak ada yang benar dan tak ada yang palsu?
A. Ya B. Tidak C. Ya dan Tidak D. Tiada jawapan
A. Ya B. Tidak C. Ya dan Tidak D. Tiada jawapan
Rabu, 12 Ogos 2009
Kanun Keseksaan

Bagi jenayah kamu mencari tuhan hukumannya gantung tak bertali. Bagi jenayah kamu mencintai tuhan hukumannya penjara sampai mati. Bagi jenayah kamu mempelajari tuhan hukumannya buang dari masyarakat atau denda pakai tanda gila di dahi atau kedua - duanya sekali.
Langgan:
Catatan (Atom)
